khasiat petai

assalamualaikum semua . hai ! lama sungguh tak update blog , oke . hari nie na update pasal 'khasiat petai' mesti kalau korang semua dengar pasal petai je dah rasa benci , HAHA ! biasa la tuh ramai orang sekarang tak suka makan petai kan . kalau korang nak tahu petai tu la lebih bagus korang makan daripada korang makan mcD la , kfc la . memang la bau nyer busuk semacam tapi yg busuk tu la ubat :D hee , oke dah tak nak cakap banyak dah jom kita tengok khasiat petai nie .


Buah petai atau nama saintifiknya Parkia spp tergolong dalam famili Leguminasae. Buah petai banyak ataupun senang didapati dikawasan Tropika. Pokok petai yang biasa didapati di negara kita ada empat jenis.


Buah petai dipercayai boleh mengubati penyakit darah tinggi dan kencing manis. Biasanya petai dimakan begitu sahaja sebagai ulam ataupun dibuat sambal. Petai umumnya menyumbang kearah kesihatan seseorang melalui pelbagai vitamin, galian dan unsur-unsur lain. 


Kandungan khasiat dalam buah petai berbeza mengikut umur dan tahap kesegaran bijinya. Petai yang kecut dan yang tidak bulat bijinya mempunyai kandungan khasiat yang rendah. Selain mengubat penyakit darah tinggi dan kencing manis, masyarakat Melayu juga percaya bahawa buah petai juga berkesan untuk merawat penyakit hati, buah pinggang dan untuk mengubat kanak-kanak yang kecacingan.

oke , dah tahu da apa khasiat petai so , ape lagi amal kan la , hoho :D
sumber : ukm 




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku suke makan petai , tapi ley makan time cuti je , sebab nanti pegi skola berbau , dah malu pulak xD

hilton iyra berkata...

hahaha , aku makan jugak petai nie , tapi sama la macam kau . time cuti je dapat makan :)