hai awakkk , dah lebih dua bulan saya kehilangan awak . saya selalu teringat dekat awak , tapi awakkk . . . maybe langsung tak ingatkan saya . nak tahu sebab apa saya still lagi teringat dekat awak ? sebab saya sayangkan awak , sumpah saya sayang awak . bagi saya awak lain daripada ex saya yang dedulu . sebab apa ? sebab awak sangat-2 cool dan sabar , walaupun saya selalu marahkan awak sebab perangai awak tapi awak tak kata apa-2 pun , awak cool sangat-2 . kita couple tapi tak macam couple , kita couple macam kawan je kan . setiap kali awak jumpa saya awak mesti bawak chocolate untuk saya , walaupun bagi orang "ala chocolate je , apa la sangat" tapi saya suka sebab awak tahu tu fav saya , saya tak kisah walaupun awak just bagi saya chocolate je , tapi tu saya tak mintak pun awak yang bagi saya so saya terima je la . rezeki depan mata takkan nak tolak kot . tapi tu semua dulu , sekarang kita tak ada apa-2 hubungan dah kan walaupun hubungan sebagai kawan , maybe awak tak sudi nak kawa dengan saya lagi kot . tak apa la awak , maybe tu semua takdir kita and kita tak ada jodoh nak bersatu lagi . tapi diandaikan satu hari Allah pertemukan kita balik dan awak la Adam saya , saya terima seadanya . seandainya tak , saya doakan awak bahagia dengan insan yang bergelar wanita . setiap sekali solat saya selalu berdoa , saya berdoa "Ya Allah , andainya Muhammad Danial bin Firdaus Wong itu jodoh ku suatu hari nanti kau satukan lah hatiku dan hatinya kembali , tetapi sekiranya dia bukan jodoh ku kau jauhkan la hati ku padanya" . saya redha , semua tu kehendak Allah SWT kita hanya merancang , tapi Allah yang menentukan . tapi satu je , hati saya tetap sedih dan masih sayangkan awak walaupun awak curang dengan saya sebelum saya dapat tahu . mugkin sekarang bukan masanya untuk saya cari penganti awak , sebab saya masih sayangkan awak dan susah sangat saya nak lupakan awak , saya tak nak terima mana-2 lelaki lagi selagi saya masih sayangkan awak saya tak nak pasal awak saya sia-2 kan hati lelaki tu . ini janji saya , insyallah . Ya Allah kuatkan hambamu ini Ya Allah , hamba tak kuat nak hadapi semua ini :/ setiap kali saya teringat pasal awak , semua kenangan kita secara automatik saya akan menangis , bukan lemah tapi tak sanggup . setiap hari saya sembang dengan kawan saya , saya selalu mention nama awak . dalam sehari mesti ada , walaupun sehari . sebab dah setahun saya single , awak yang berjaya buat saya terbukak hati nak couple balik , tapi mungkin tak ada rezeki kita nak berkawan kot . tak apa la , awak saya doakan awak dengan syiera bahagia , amin~ . you always in my heart Muhammad Danial <3 susah sangat nak lupakan awak .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan