cinta itu blind

hai hai ! sambil melambai-2 ke arah pembaca entry nie dengan menggunakan kipas sate , hehehe . rindu entry dari aku tak ? lama tak update , busy la ! biasa la study wehh studyy nak exam nie . cehhh konon nye je la kan ? haaaa nie ada sedikit post dan luahan hati iyra , aku tulis sendiri tau pakai feeling wehh kau apa tahu , kau tahu baca je . aku tulis nie sambil menangis-2 tau , syahduuu giloooo . dah tak nak introo panjang-2 lebooo jom baca .

"cinta ? cinta bermaksud perasaan antara dua insan yang berlainan jantina yang mempunyai rasa sayang antara satu sama lain . cinta ini diibaratkan kain putih yang sememangnya kosong dan kita sebagai manusia seharusnya mencorakkan ia agar menjadi sesuatu lukisan yang begitu bermakna pada diri si pencoraknya . jika cantik hasilnya maka cinta yang terjalin antara dua insan ini juga menjadi cinta yang bermakna dalam diri mereka . cinta  ini adakalanya manis sehinggakan kita berasa tidak ingin melepaskan saat-2 indah itu ,tetapi adakalanya cinta itu tidak semanis yang kita jangkakan . cinta juga memerlukan pengorbanan jiwa antara dua insan , kejujuran sesama insan yang dicintai , ketulusan , keikhlasan , kepercayaan dan kesetiaan di dalam diri masing-2 . cinta seharusnya dikorbankan kepada seseorang yang memahami maksud cinta yang mendalam dan cinta seseorang insan itu tidak seharusnya dijadikan mainan hati dan mata . jika benar-2 tidak bersedia untuk bercinta janganlah dipermainkan cinta itu kerana ianya akan menyebabkan hati seseorang itu hancur berkecai . cinta tidak seharusnya diukur dengan paras rupa dan wang ringgit kerana perkara seperti ini sebenarnya tidak akan menjamin kebahagian . sebagai manusia yang bergelar insan semestinya kita mahukan cinta yang benar-2 dan mencintai kita seadanya . akhir kata , hatiku bukanlah barang mainan yang engkau boleh jadikan mainan hati engkau , sesungguhnya aku benar-2 mencintai engkau seadanya dan amat berat bagiku untuk melupakan segala-2 nya tentang diri engkau . selamat tinggal kenangan !"

*p/s orang kata kalau nak cari cinta yang kekal lama cari lah orang yang mencintai kita bukan cari orang yang kita cintai . kay faham tak maksud aku ? kalau tak faham , fikir la elok-2 kay . sorry kalau ada *TYPO* :') Assalamualaikum semua .

Tiada ulasan: