badan berbau ?

badan berbau , korang pernah terhidu tak bau badan orang ? pening rite . bukan nak kata tapi kenyataan , sumpah iyra rasa malu bila ada perempuan yang badan berbau . macam ada classmate iyra nie , sekali dia lalu depan iyra . Ya Allah rasa nak pengsan . bukan nak mengutuk tapi sebagai the owner badan tu tak tak kan tercium kot badan dia berbau . sumpah memalukan , sebagai seorang perempuan kita patut jaga badan kita . iyra pun setiap kali pergi mana-2 mesti pakai losyen dgn minyak wangi sikit . mmg la minyak wangi tu haram tapi kalau kita pakai just untuk tak nak badan kita berbau boleh tak apa . tapi jangan la pakai sampai setengah botol . tu dah melampau la tu . pakai ala kadar je cukup nak wangikan badan daripada bau yang tak menyenangkan . nie iyra ada nak share sikit pasal artikel punca badan berbau 

Bau badan juga dipengaruhi oleh diet, mood, tahap hormon, jantina, tahap kesihatan, ubat-ubatan yang anda ambil dan bagi sesetengah orang, genetik juga memainkan peranan.Di kalangan kanak-kanak, bau badan kerap kalinya dikaitkan sebagai penanda tahap kematangannya. Misalnya, remaja perempuan mula mengalami masalah badan berbau pada usia 14 ke 16 tahun manakala 15 ke 17 bagi remaja lelaki.

Bagi yang obes atau terlalu gemuk pula, kerap mengambil makanan yang pedas dan memakan ubat-ubatan khusus (seperti pesakit diabetes), mereka lebih berisiko berhadapan dengan masalah bau badan.

tip mengurangkan bau badan 

Sebagai alternatif kepada penggunaan bahan kimia untuk mengatasinya, apa kata kita mencuba beberapa langkah semudah 1,2,3 yang boleh diamalkan di rumah. Tip ini bergantung kepada bahan-bahan semula jadi agar tidak merosakkan sistem badan dan pada masa yang sama, selamat tanpa kesan sampingan.

1Makan 500 miligram rumput gandum dalam keadaan perut kosong dengan segelas air. Kandungan bahan klorofil membantu mengurangkan bau badan sekali gus bertindak sebagai rawatan semula jadi.

2Sapukan sodium bikarbonat di bahagian ketiak dan tapak kaki kerana ia turut mempunyai keberkesanan tertentu.

3 Gunakan alkohol (bagi individu yang bukan beragama Islam) atau cuka putih untuk mencuci bahagian ketiak.

4 Masukkan beberapa titisan air mawar ke dalam bekas air mandi. Anda tidak perlu menggunakan deodoran selepas mandi.

5Kisar buah tomato segar dengan daun teh sage. Sapukan dan biarkan bahan itu di bahagian ketiak selama 10 minit sebelum mandi.

6 Perahkan dua dozen jus lobak putih yang dicampur dengan ¼ sudu gliserin. Masukkan cecair itu ke dalam botol penyembur untuk dijadikan deodoran harian. Jus lobak itu boleh menghilangkan bau badan sehingga 10 jam.

7 Campurkan sedikit sodium bikarbonat dengan jus lemon dan sapukan terus di bahagian bawah tangan atau ketiak.

8 Minyak pohon teh adalah bahan antibakteria yang sangat berkesan. Campurkan dua titisan minyak esen itu ke dalam 0.02 liter air.

9 Dalam bekas berisi 30 milimeter air, masukkan 10 titisan minyak esen. Ia kemudian boleh disapu di bahagian ketiak.

10 Basahkan kapas dengan cuka putih dan lap ketiak. Ia boleh menghilangkan bau badan terutama di bahagian ketiak dalam masa beberapa minit.

11 Minum segelas teh sage setiap hari dan ia akan mengurangkan aktiviti pengeluaran peluh yang berlebihan daripada semua bahagian badan.
Mempunyai foto percutian yang hebat? Bolehkah ia memenangi pertandingan foto ini?

12 Salah satu cadangan lain yang mungkin boleh diamalkan ialah mandi dengan kerap iaitu sekurang-kurangnya tiga kali dalam sehari.

itu je la yang dapat iyra sahre tu pun copy and paste je . hope enjoy :)

Tiada ulasan: